Giethoorn, Car-free Village in Netherlands

Semua negara ada keunikan masing-masing. Saya pernah pergi sekali ke New Zealand, namun saya berpeluang pergi 3 kali ke negara Belanda atau Netherlands, iaitu pada 2014 dan 2 kali pada 2019 dan kalau diberi peluang lagi saya tetap akan singgah di Netherlands. Kalau sesiapa yang sukakan keunikan sesuatu negara, saya cadangkan Netherlands, dengan seni binanya yang unik dan salah satu negara yang muka buminya hampir rata sehinggakan sebahagian besar tanahnya di bawah paras laut. Seronok kayuh basikal kat situ. Mungkin kita pernah dengar “Dutch learn to live with water, instead of fight, rising seas” kan? Pernah tak kita dengar ada banjir besar kat sana?

Jadi pada bulan Ogos 2019 dahulu selepas business trip saya ke Germany, saya ambil kesempatan untuk balik ke Malaysia melalui Amsterdam dan bermalam di “car free village” atau kampung tanpa kereta lebih kurang 2 jam setengah perjalanan dari Amsterdam. Kampung ini antara menjadi tarikan utama di Netherlands namun mungkin kurang dikenali oleh pelancong Malaysia, ye la masa tu saya tak nampak pun orang Malaysia kat situ berbanding di kampung kincir angin, Zaanse Schans ketika saya pergi bersama kakak saya pada Mac 2019 tahun yang sama.Kampung ini namanya Giethoorn, cara sebutan yang betul untuk huruf G dalam bahasa Dutch ialah ghe, buat macam bunyi nak buang kahak tu 🙂 dan bukannya Gi macam bahasa Malaysia dan juga German. Itula sebutan yang saya dengar ketika ditegur oleh pengawal keselamatan kira macam polis bantuan ketika menunggu keretapi di Utrecht.

Sebab kampung ni kecik je, banyak yang buat “day trip” kat sini, jadi kalau waktu puncak pukul 11 pagi sampai petang memang berlaga bot saja la, jadi saya betul-betul syorkan anda kena tidur semalam di hostel atau hotel berdekatan, jangan risau hotel pun ada kat pekan terdekat. Kalau nak betul-betul dekat dengan kampung tersebut, boleh menginap di Black Sheep Hostel tu. OK je boleh ambil “private room” kalau tak nak share dengan “four bed mix dorm or female dorm”. Saya sediakan video panduan atau “travel guide” dengan sedikit tips-tips yang mungkin berguna. Sebagai peringatan, di tempat saya sewa kayak dan bot elektrik tu tiada disediakan “life jacket” tau, sebab ia bukan kewajipan operator di Netherlands untuk berbuat seperti di Malaysia. Mungkin kebanyakan diorang pun pandai berenang kot. Jadi korang perlu berhati-hati ketika berkayak terutamanya di tasik sebab dalam. Kalau tak yakin boleh naik bot yang ada driver tu. Hehe macam saya dulu saya minta je “life jacket” untuk kanak-kanak sorok dalam kayak, dah life jacket untuk org dewasa takde. 🙂 Sekian.

Jemput subsribe channel youtube saya, zairol79 dan join group Travel for Lifetime ni. Moga ada sinar untuk kembali berkembara di suatu hari nanti.#travelforlifetime#travelogue#traveltips#agedoesntmatter#backpackerlife

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *